Wednesday 2 May 2012

Kisah Wanita yang Buta, Tuli, Lumpuh dan Bisu...

As salam ukhwah ikhlas dr Maya... (^_^)

Alhamdulilah...Maya hrap pembca setia blog Kisah Hati Maya sentsa shat slalu...InsyAllah...

Alhmdulilah...Bersykur kpda Allah s.w.t kerna skali laginya Maya berkesemptan utk mnjenguk blog Maya ni...Memandangkan hari2 Maya dipenuhi dengn mnelaah ilmu...Mengulangkaji mtapeljran memndangkn peperiksaan pertengahan tahun Maya tinggal lagi beberpa hari shja...InsyAllah...Dengn niat kerna Allah,Maya akn berusha bersungguh-sungguh utk mndpat pointer yg tinggi...Doakn utk kejayaan Maya...

Ermm...Sbelum Maya memulakn kish Maya pda hari ini...Marilah kita bersma-sma...Mndoakn kesembuhan pda shbat baik Maya yg Maya syg sgt2 ni...Disembuhkn dri penyakit yg dia lalui sekrg ni...Maya bersimpati dengn nasb yg ditmpa shbat Maya ni...Nma dia Afiqah...Doakn agar Allah berikn kesembuhn dekt dia...Agr dia sbar dn tbah dengn dugaan yg dia lalui sekrg ni...Ya Allah...Sembuhkn penyakit yg Afiqah rsai...Tbahkan hati dia dlm mnghdapi dugaan yg Engkau berikn...Engkau yg memberi sakit itu dn hnya pda Engkaulah kmi memhon penawarnya...Aaammmiiinnn...InsyAllah...Pda Afiqah...Kami syg pqah sgt...Kmi nk pqah sihat...Kita nk ambl exam sme2...Pqah cept2 sembuh tau...Kmi doakn utk pqah...Syg pqah...!!! :-)

Bismillahirahmanirahim...

Wanita...Merupakn anugerah yg paling istimewa sekali...Anugerah yg dicptakn oleh Allah s.w.t pda kita...Kaum Hawa berbeza dengn kaum Adam...Kaum Hawa diberi sifat dari segi kelembutannya...SubhanAllah...Maha suci Allah...Dalam surah An-nisa...Menceritakn mngenai kisah perempuan...Allah menurunkan ayat ini utk dijadikn pnduan buat pra muslimah...Hukum-hkam yg perlu dipatuhi  dan iktbar disebalik terjemahannya itu...MasyAllah...Begtu hebatnya Allah...Dia mencptakn kita...Dengn keistimewaan memiliki rahim yg mmpu bertahan selma 9 bulan utk melahirkan anak dari benih sang suaminya...Ya Allah...Betpa hebtnya Engkau...Betpa mulianya Engkau menciptakn kami, pra muslimah di duniaMu ini...Aku sedg berusha dlm mncari keredhaanMu...Aku berusha utk berubah kerana-Mu...Aku ingin peroleh gelaran 'Wanita Solehah'...Aku inginkn syurgaMu...Ya Allah...Aku ingin mnjadi isteri yg solehah kpda bkal imamku dan ibu yg berjya mndidik anak2 menjadi soleh dan solehah...Aku berusha meninggalkn yg Engkau larangkan mlahan aku berusha melakukan apa yang Engkau suruhkan...Jauhilah aku dari perkra yg sia2...Yg mmpu membutakn pndangan aku,melumpuhkan jiwa aku hingga aku lupa pda SIAPA yg mencipta aku....Ya Allah...Ampunilah dosa2 aku...Aammiinn...

Rintihan ikhlas dari Maya dn buat shbat Maya...Ayuhlah muhasabah dri kepda Allah s.w.t...

Maya tertarik dengan satu bingkisan ini...Kisah pda zman dhlu...Ketika islam sedg berkembang, dimna...Umat rasulullah sedg berusha mncari jwapan di setiap persoalan yg bermain di minda...Justeru, trunnya ayat2 Al-quran kpda Nabi Muhammad...Dan hadis2 baginda...Yg patut dijadikn sbgai pnduan dn rjukan buat kita smua...InsyAllah Ta'ala...Kisah ini mngenai seorang hmba Allah yg bernma Tsabit...Dipertemukn jdoh tnpa beliau ketahui...SubhnAllah...Jdoh Allah itu merupakn satu keunikn...Betul kn??? Tnpa disedari kita...Penntian selma ini...Diakhiri juga...InsyAllah...Mari kita ambil iktibar dari kisah ini...InsyAllah...

KISAH TSABIT MENGAHWINI WANITA BUTA, TULI, LUMPUH DAN BISU...

Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannya buah epal yang lazat itu, akan tetapi baru setengah di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemilik epal itu. 
          Maka dia segera pergi ke dalam kebun buah-buahan itu untuk menemui pemilik kebun agar meminta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu dia bertemu dengan seorang lelaki. Maka dia berkata, “Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”...
         Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah ku makan ini.” Pengurus kebun itu memberitahu, “Apabila engkau ingin pergi ke sana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam”...
            Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, “Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka".        Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia pun mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit  memberi salam dengan sopan, seraya berkata,” Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh di luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”
            Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” Tsabit merasa khuatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera dia bertanya, “Apa syarat itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus mengahwini puteriku!”
Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengahwini puterimu?”
            Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Malah menambah, katanya, “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan puteriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”
           Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia jadikan sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”
                Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, “Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinan ini. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajipan-kewajipan dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”...
           Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilakan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berada dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka dia pun mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”
            Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini rasmi menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut huluran tangannya.     Tsabit sempat tersentak menyaksikan kenyataan ini. “Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian bererti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?
              Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian berkata, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah...
             Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta’ala”.
          Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat solehah dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”...
            Tsabit dan isterinya yang salehah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit...



Jadilah wanita yg solehah...Sentiasa berusha mencari redha ilahi...
(InsyAllah...Jika diberi hdyah Allah...Maya dengn ikhlas berniat utk berniqab...Itu impian Maya...Aammiinn)


Sebaik-baik wanita adalah mendpat gelaran SOLEHAH... :-D


Semua kelebihan dan kelemahan yang dimiliki oleh para wanita adalah kuasa Allah dan juga keistimewaan yang Allah berikan kepada kami...Buat kaum Adam...Jangan pernah pertikaikan...Kerna smuanya mlik Allah...Smuanya kuasa Allah...Tugas anda adalah mendidik dn membimbing kami ke Syurga...!!! Ingat tu!!! (^__^)

Alhamdulilah...Semoga apa yg kita lakukan pda hari ini akan sntsa diberkati Allah dan pda keesokn harinya...InsyAllah...

Sekian utk kisah Maya kali ini...InsyAllah...Jika diberi kesemptan Maya akan 'mengupdatekn' kisah sterusnya...InsyAllah...

As salam... (^_^)

No comments:

Post a Comment