Wednesday 6 June 2012

Jauh Tapi Dekat - My First Cerpen 2011


  Dia duduk di sebelah dan aku begitu tertarik dengannya.  Bagi aku dia sangat istimewa walaupun kami tidak pernah bertegur sapa atau bercakap antara satu sama lain.  Tidak kira pada waktu rehat atau apabila guru tidak masuk ke kelas, aku tetap duduk disini supaya aku berada dekat dengannya.  Dia juga jarang tinggalkan tempat duduknya.  Dia suka termenung, tidur kadang-kadang menulis sesuatu dalam bukunya.  Aku ingin sekali berkenalan dengannya tetapi mustahil bagiku untuk mengenalinya.  Mungkin aku bukan seorang sahabat seperti yang dia impikan.  Mungkin semua hanyalah firasat aku.  Belum cuba lagi sudah fikir bukan-bukan.  Namanya Kujyo, tampan dan tinggi orangnya.  Berkaca mata dan pendiam orangnya.  Kami memang tidak pernah berpandangan antara satu lain malah tiada apa-apa antara kami selain jarak yang dekat ini.

  Pada suatu hari, dia tidak hadir ke sekolah.  Bukannya sehari dua tetapi selamanya.  Kehilangannya menjadi satu misteri di sekolah malah, ada yang bercerita dia pindah ke sekolah lain dan macam-macam cerita yang aku dengar.  Aku cuma berharap suatu hari nanti aku akan menemuinya lagi.  Sejak pada itu, jarak kami menjadi sangat jauh dan jauh.  Kujyo, dimana awak sekarang? Setiap waktu rehat aku tidak pernah berganjak ke mana-mana pun, aku ingin duduk disitu dan membayangkan dia ada disebelah seperti selalu.  Masa itu juga aku dapat merasakan kesunyian dan aku mungkin tidak bertemu dengannya lagi.

   Setelah setahun berlalu sambil membawa rasa kesunyian aku ini, aku menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti selalu.  Ketawa bersama-sama dengan sahabat rapat, bergosip tentang teman lelaki.  Inilah kehidupan remaja kami.  Tahun ni, aku akan menduduki peperiksaan yang sangat penting untuk masa depan aku, SPM.  Aliran yang aku pilih bukannya mudah yang disangkakan tetapi aku pilih kerana minat.  Setiap hari selepas pulang dari sekolah, aku kerap ke perpustakaan yang berdekatan dengan rumah aku.  Mengulangkaji matapelajaran bersama sahabat, membuat kerja sekolah dan sebagainya.  Itulah rutin aku setiap hari.  Menelaah ilmu sehingga aku tidak sedar hari-hari yang aku lalui.

   Pada suatu hari, aku dikhabarkan berita mengenai sahabat aku yang mengalami kemalangan sehingga cedera parah.  Pada hari sabtu itu, aku mengambil masa lapangku melawat sahabat aku itu.  Aku membawa sejambak bunga ros untuk diberi kepadanya.  Perjalananku mengambil masa 10 minit untuk sampai ke hospital Aman.  Sedang asyik aku menghidu haruman bunga ros itu, aku terlanggar dengan seorang jejaka ini.  Jejaka yang miripnya seperti Kujyo.  Memang benar jejaka itu Kujyo.  "Aduh,sakitnya kepalaku! Kujyo, apa awak buat disini?" Aku tergamam, menahan rasa sakit juga.  "Keiko,memang betul awak! Terima kasih tuhan kerana aku dapat bertemu dengannya lagi".  Kujyo menerpa kearahku, satu pelukan Kujyo kepadaku.  Aku tergamam seketika."Kujyo, lepaskan pelukan awak! Nanti orang lihat, malu saya dibuatnya".  Aku hampir tidak bernafas, Kujyo memelukku dengan begitu rapat.

    Aku hampir tidak percaya dengan peristiwa itu tadi tapi aku bersyukur aku bertemu dengannya lagi.  Kujyo pula sangat gembira dan sering melemparkan senyuman manisnya kepada aku.  Mungkin setahun lama kami tidak berjumpa, perasaan rindu sangat kepada aku agaknya.  "Keiko,awak masih ingat saya lagi? Saya duduk disebelah kanan awak semasa di tingkatan 4 dahulu?" Kujyo bertanya dengan penuh harapan aku masih mengingatinya.  Mustahil bagi aku untuk lupakan dia.  Mulai hari itu, aku selalu melawatnya.  Sikapnya berbeza sangat seperti yang aku fikirkan dahulu.  Dulunya seorang pendiam menjadi seorang peramah, periang dan baik hati, jauh berbeza yang aku kenal sebelum ini.

    Sekarang, semuanya sudah jelas.  Cerita yang aku dengar tahun lepas cuma andaian sahaja.  Kujyo menghidap penyakit serius sehingga terpaksa tinggal di hospital untuk rawatan.  Lebih daripada itu, aku tidak pernah tanya dengan lanjutnya.  Aku berharap penyakitnya akan sembuh dengan secepatnya agar aku dapat belajar bersama-sama dengannya.  Aku sering menceritakan hal-hal yang berlaku di sekolah untuknya.  Walaupun duduk di sebelahnya, kadang-kadang aku nampak wajahnya seperti dalam kesunyian.  Seolah-olah pada ketika itu, dia begitu jauh dari aku.  Aku cuba untuk mengembirakan hatinya dengan pelbagai kisah-kisah jenaka.  Hanya senyuman sahaja yang dapat mengambarkan yang dia gembira.  "Bosannya asyik cerita fasal sekolah sahaja.  Bila awak boleh sekolah balik, tahun ni kita akan menduduki peperiksaan SPM? Sebenarnya apa penyakit awak yang macam serius sangat itu?" Kujyo hanya mendiamkan diri dengan semua pertanyaan aku tadi seolah, pertanyaan aku tadi tiada jawapannya.  Tiba-tiba, tangan kami bersentuhan.  Alangkah baiknya pada saat ini masa terhenti sahaja,tetapi semua itu mustahil bagi aku.

     "Keiko, saya cuma tahu yang denyutan jantung saya tiba-tiba boleh terhenti.  Doktor kata begitu sebab jantung saya sangat lemah malah emak saya meninggal pun sebab penyakit ini".  Akhirnya Kujyo menjawab juga pertanyaan aku tadi.  Aku hampir tidak percaya dengan kata-kata dia tetapi memang benar.  "Maknanya, awak akan mati bila-bila masa sahaja".  Tiba-tiba aku merasakan dada aku sebak, mata aku tidak dapat menampung lagi air mata ini lalu gugur jua.  "Awak, jangan menangis.  Benda ini tidak seteruk yang awak fikirkan".  Kujyo cuba memujuk aku dan dia menutup kedua belah mataku dengan tangannya".  Saya ada hadiah untuk awak, tetapi kalau awak menangis hadiah itu akan hilang".  Akhirnya aku mengalah dan aku menghentikan tangisan aku ni.  "Kujyo, lepaskan tangan awak dulu".  Kujyo melepaskan tangannya tetapi aku musykil, di mana hadiah yang dia katakan tadi.  "Mana hadiah itu?" Aku bertanya dengan penuh hairan.  "Nasib baik tidak hilang terkena air mata tadi."   Kujyo bukan sahaja seorang yang peramah malah kelakar orangnya.  Aku geli hati dengan lukisan yang dia lukiskan di tapak tangannya.  Gambar kartun yang sedang senyum.  Saat itu, kami berpegangan tangan, perasaan yang berbeza aku lalui ini.  Perasaan suka, aku yakin aku benar-benar menyukai dia sejak daripada itu.  Mampukah aku meluahkan perasaan ini kepadanya.  Aku buntu, benar-benar buntu.

     Pada malam itu, keadaan Kujyo sangat lemah.  Aku mulai bimbang, tetapi dia kata itu perkara biasa dan melarang aku beritahu keadaannya kepada doktor.  Aku takut untuk kehilangannya tetapi aku percaya dia pernah kata ia tidak seteruk yang aku fikirkan.  "Keiko, malam ini ada banyak bintang di langit.  Bolehkah awak teman saya bawa ke satu tempat? Kita lihat bintang sama-sama".  Aku menurut sahaja pemintaan Kujyo walaupun keadaan Kujyo tidak seperti selalu, aku dapat merasakan yang dia sedang bertarung dengan kesakitan.  Aku memapahnya hingga di atas bumbung hospital itu.  "Kujyo, kenapa kita naik ke bumbung ini?" Kujyo memandang aku dan melemparkan senyumannya, aku pelik dengan kelakuannya pada saat itu.  "Malam ni sangat terang, tidak seperti sebelum ini.  Bintang-bintang di langit sangat cantik.  "Awak tahu, sewaktu kecil emak cakap,kalau kita pejamkan mata dan berdoakan sesuatu pada tuhan, tuhan akan dengar doa kita".  Pada saat itu, aku mula rasa gelisah, aku terasa Kujyo makin jauh dariku.  "Keiko,cuba awak tengok bentuk bintang itu, bentuknya seperti senyuman awak".  Dia memandang ke arahku sambil menyentuh pipiku. "Mungkin ini kali terakhir saya melihat gemerlapan bintang, saya benar-benar letih dan mengantuk.  Keiko, awak mesti berada di sisi saya, jangan pernah tinggalkan saya".  Perasaan gelisah ini semakin menjadi-jadi, aku tidak mampu untuk menahan sebak di dada lagi lalu air mata aku gugur jua.  "Keiko, jangan menangis.  Maafkan saya kalau kata-kata tadi menyinggung perasaan awak".  Kujyo cuba memujuk aku lagi tetapi kali ini, aku tidak mampu untuk menghentikan tangisan ini.  "Saya ada satu hadiah untuk awak, kalau awak menangis hadiah itu akan hilang".  Aku takut, aku dapat rasa aku akan kehilangannya.  Aku masih belum meluahkan perasaan aku kepadanya.  "Kujyo, saya tidak mahu apa-apa hadiah dari awak lagi,sebenarnya saya sangat sukakan..." , Belum sempat aku menghabiskan ayat terakhir, Kujyo menutup mulutku dengan tangannya.  "Tolong jangan cakap sekarang".   Keadaan Kujyo makin parah, mukanya sangat pucat.  "Boleh saya peluk awak, saya sangat letih dan mengantuk.  Sementara itu, saya cuma nak awak di sisi saya dan jangan bercakap apa-apa".  Aku membiarkan sahaja dia memeluk diriku.  Begitu hangat rasanya, tiba-tiba Kujyo meleraikan pelukan dan dia rebah di sisiku.  "Kujyo, saya sangat sukakan awak.  Jangan tidur lagi.  "Itu sahaja yang mampu aku berkata.  Apakah Kujyo dengar luahan aku tadi?.  Mungkin sekarang, dia dibuai mimpi yang sangat indah.  Kujyo tidak mampu untuk terjaga lagi dan selamanya.  Tangannya tertulis beberapa perkataan yang sudah luntur disebabkan air mataku.  Apa agaknya yang dia lukiskan kali ini?

    Aku tidak dapat melupakan saat seperti ini, di bawah gemerlapan bintang, ia merupakan jarak yang dekat di antara aku dengan Kujyo dan juga yang paling jauh selama-lamanya.  Semoga Kujyo aman di alam sana.


Hopefully...Korg enjoy bca cerpen Maya...Maya buat cerpen ni lma dh msa tu bru lepas SPM...Borng tak thu nk buat apa...Tetba dpat idea...Maya terus buat cerpen ni...Diadaptasi dari komik Kaoru Cake House...

As salam...Enjoy!!! (^_^)

No comments:

Post a Comment